Gantung The Series: Episode 3
-Dalam ramai yang suka, ramai jugak yang menyampah-
Ray tersedar dari pengsannya. Dia menggerakkan jari yang
tadinya dipijak oleh seseorang dan cuba untuk bangun.Terasa aneh kerana dia
jatuh dari tempat tinggi tetapi tiada sebarang kecederaan dialami olehnya. Ray
memandang keatas dan melihat seseorang dari tempat dia jatuh.
Gibran menolak tawaran Cikgu Azlan dan pengetua yang ingin
menjadikannya sebagai Ketua Pelajar. He reads the situation as if Pengetua and
Cikgu Azlan is putting a leash on him. Like a dog. Gibbs tidak mahu
meninggalkan apa apa legasi di sekolah itu, kerana bapanya telah banyak memberi
sumbangan seperti hall dan computer lab yang baharu. Pengetua akhirnya
memutuskan untuk tetap mencalonkan Gibbs sebagai ketua pelajar meskipun Gibbs
membantah. Ini merupakan rancangan licik Cikgu Azlan untuk memberi Gibbs the
taste of power so he won’t rebel.
Kelas matematik yang bosan hanya bereaksi apabila guru matematik itu menawarkan tiada kerja rumah buat mereka yang menyelesaikan masalah matematik di papan putih. Seorang gadis berambut pendek mengangkat mukanya apabila mendengar tawaran tersebut. Tumpuan pada buku contengannya dialih kepada papan putih dihadapan kelas selajur bangkit menyelesaikan permasalahan itu. Fara Karmila (Mentari DeMarelle) berjaya pulang tanpa homework, tetapi disuruh oleh guru matematik tadi untuk pergi ke pejabat Pengetua tanpa memberi tahu sebabnya.
Kaki kerusi yang di jatuhkan oleh Ray dari walkway di atas
pentas patah dan memeranjatkan Johari yang sedang sibuk melakukan kerjanya. Ray
bergegas dari tingkat atas dan menghampiri kerusi tadi. Joe marah kerana
gangguan daripada Ray dan berlalu mengangkat kerusi itu pergi. Ray terperanjat sewaktu ditegur oleh Ratna.
Dia kesini untuk melihat rehearsal teater pementasan Ray kerana dia agak
berminat dengan dunia teater. Lebih lebih lagi pementasan ini agak personal
buatnya. Ray keliru kerana setahunya isi cerita belum diketahui umum kerana
promosi belum dibuat. Ratna berdalih mengatakan dia dengar dari kru produksi
Ray, tetapi Ray sempat melihat tulisan Haskell pada notebook Ratna. Ray baru
tahu bahawa Ratna adalah penulis skrip rahsia untuk pementasannya dan kelihatan sangat senang.
Ratna (creepily) melagukan suatu irama tanpa senikata sambil
mengusap rantainya. Dia terperanjat kerana Fara tiba tiba masuk ke bilik
setelah pulang dari pejabat pengetua. Mereka berbual mengenai Fara yang
dicalonkan menjadi Ketua Pelajar meskipun dia baru berpindah kesekolah itu.
Pemilihannya adalah kerana alasan biasa, Fara seorang yang berperilaku bagus,
berkarisma, cantik dan cool. Fara ingin mengundurkan diri kerana dia tidak mahu
menjadi KP. Dia malas menguruskan hal pelajar lain, disuruh kesana kemari dan
berpura pura peduli terhadap mereka. Fara memberitahu Ratna bahawa lawannya
untuk jawatan KP ialah Chee Kiong dan Gibbs. Mendengarkan nama Gibbs, Ratna
seakan terkejut dan memandang fara seakan musuh.
Troll, KJ dan Gibbs bermain basketball digelanggang. Mereka
membicarakan hal Gibbs yg dilantik sebagai calon KP. KJ dan Troll memandang
jawatan itu sebagai satu peluang untuk mereka menjalani kehidupan yang lebih
hebat sebagai pelajar tahun akhir. Gibbs pula lebih senang dengan kehidupan
mereka seperti sekarang. Dia tahu rencana Cikgu Azlan disebalik pencalonan
Gibbs sebagai KP bukanlah untuk memberi kekuasaan kepadanya, tetapi sebaliknya.
KJ juga sedar bahawa Gibbs sangat popular dan diminati ramai di sekolah,
seandainya dia menjadi KP dan membuat keputusan berat yang mungkin menyebabkan
ramai pelajar akan membencinya.
Ray yang sendirian menelaah skrip di rooftop diganggu oleh
Sofil. Dia menegur sikap Ray yang berlagak berani walaupun bersendirian. Sofil
menawarkan persahabatan, sewaktu kawan kawan Ray tidak berada dengannya and
lecherously grab his thigh. (Watefakk Sofil?!) Ray menolak pelawaan Sofil untuk
menjadi kawannya. Dia tidak peduli jika ada orang datang menggangunya.
Ray, KJ dan Troll menunggu Gibbs yang lewat ke perhimpunan.
KJ sempat bertukar pandangan dengan guru sejarahnya, Cikgu Ami sebelum mereka
berlalu masuk ke dewan. Pengetua mengumumkan calon-calon KP yg telah
dipersetujui, Chee Kiong, Gibran Aditya dan Fara Karmila dan mereka bangkit
apabila dipanggil. Gibran memerhati Fara dengan penuh minat.
Gibbs ditahan Olin yang ingin membicarakan perihal Tasha. Dia
memarahi Gibbs lepas mengetahui pencalonannya sebagai KP.
“Batang sendiri pun tak reti nak jaga, ada hati nak jaga
satu sekolah”
Gibbs menunggu Olin sehingga habis sebelum dia menyuruh Olin
berhenti berpura2 menjadi hero. She’s never gonna achieve anything. Jika dia
mahu membantu Tasha, silakan. Gibbs kemudian mengugut Olin supaya tidak mencampuri
urusan hidupnya melainkan Olin sudah tidak mahu bersekolah disitu lagi.
Gibbs mengetuk pintu bilik Pengetua dan memandang sinis pada
Cikgu Azlan yang duduk di kerusi milik Pengetua. Dia ingin terus bertanding
menjadi ketua pelajar dan berterima kasih (macam tak ikhlas je) kerana Cikgu
Lan memilihnya sebagai salah satu calon KP.
Gibbs keluar dengan senyuman kemenangan dan mendapatkan
kawan-kawannya yang menunggu di tepi hallways.
COMMENTS
I must say the musketeers are not stupid. They can see right through a trick and try to play along. Walaupun maybe Fara is the trigger for Gibbs to keep on bertanding jadi KP. And i have a bad feeling about Sofil. Don't he dare hurt my sunshine.
Heres my favourite cap of the day
Ray yang happy berjumpa dengan penulis skrip rahsianya.
xoxo,
Sefa
COMMENTS
I must say the musketeers are not stupid. They can see right through a trick and try to play along. Walaupun maybe Fara is the trigger for Gibbs to keep on bertanding jadi KP. And i have a bad feeling about Sofil. Don't he dare hurt my sunshine.
Heres my favourite cap of the day
Ray yang happy berjumpa dengan penulis skrip rahsianya.
xoxo,
Sefa
Comments
Post a Comment