Gantung The Series: Episode 4



DInding-dinding sekolah penuh ditampal poster poster kempen pemilihan Ketua Pelajar. Lim Chee Kiong bersemangat berkempen agar dipilih menjadi KP dengan manifestonya untuk mengekalkan kecemerlangan akademik Dahlia International School.
Tamat kelas, pelajar mengucapkan tahniah kepada Fara yang terpilih menjadi calon KP. Ratna bertanya tentang niatnya yang ingin mengundurkan diri dari pencalonan. Fara masih belum membuat keputusan. Ratna menasihati Fara untuk membuat keputusan cepat kerana semua orang telah memulai kempen mereka, dan dua minggu lagi calon2 KP perlu menyampaikan pidato umum dihadapan murid murid sekolah. Fara masih bingung kerana dia tidak mahu menjadi KP hanya kerana dicalonkan secara random. Dan juga bukan semata mata untuk mencantikkan resumenya. Baginya konsep menjadi KP hanya pada nama itu salah sebenarnya.


Gibbs terperasan posternya ditampal pada notice board. Ketawa KJ dari belakang membuatkan Gibbs mengejarnya lalu terlanggar Ratna. Gibbs sempat memaut tangan Ratna daripada terjatuh dan mengguman sorry sebelum meneruskan mengejar KJ. Those fleeting moment for Gibbs is a precious moment for Ratna, dan dia mencium tangannya bekas pegangan Gibbs.




Ratna masuk ke kamar mandi membawa tong sampah dan sekeping poster gambar Gibbs. Dia menyalakan poster itu menggunakan sebatang mancis, lalu mencampakkan juga sekeping gambarnya untuk dibakar sekali. Ratna kemuadian terkumat kamit membaca jampi sambil menggenggam rantainya. Tiba tiba semua pintu kamar kamar mandi tertutup dengan sendirinya.




Gibbs terbangun dari tidurnya dengan nafas yang termengah mengah. Dia melihat darah yang sangat banyak di atas lantai, berpunca dari seorang bayi. Bayi itu memusingkan kepalanya dan membuka mata yang hanya berwarna putih lalu tersenyum. Gibbs menyedari kehadiran Tasha yang berlumuran darah dibiliknya, yang bertukar rupa menyerupai hantu yang penuh lebam dimuka. Gibbs hanya mampu memejamkan mata dan berharap agar mimpi buruknya berakhir.




Pagi esoknya, Gibbs kelihatan resah dan membiarkan sapaan pelajar-pelajar lain berlalu sepi. Panggilan Troll dibalas dengan “What?!” sebelum Gibbs menyedari bahawa rakan baiknya yang memanggil. Gibbs berpura pura okay apabila ditanya oleh kawan-kawannya. Dia yakin bahawa dia akan menjadi KP, dan membalas dendam kepada Cikgu Lan dengan menetapkan syaratnya sendiri. Ray (the observant one) bertanya tentang mata Gibbs yang sarat dengan dark circles. Gibbs kelihatan seperti mahu bercerita akhirnya memilih untuk memberitahu bahawa  dia mimpi Tasha datang bersama anaknya untuk menghantui Gibbs.
“Dia bilang, gue utang darah”
Pertanyaan serius KJ disambut dengan tertawa dari Gibbs yang berpura pura Berjaya menipu kawan-kawannya. Troll dan KJ berlalu dengan perasaan jengkel. Ray yang risaukan Gibbs bertanya andainya itu semua hanya mimpi. Gibbs memanggil Ray ‘sweet’ kerana risaukannya. Ray memberitahu Gibbs tentang sesuatu yang mengacaunya di auditorium. ‘Benda’ itu seakan menjadikan Ray sebagai sasarannya. Perbualan mereka terpaksa dihentikan kerana semua pelajar dikehendaki masuk ke dewan.




Para calon KP mula berpidato mengenai manifesto manifesto mereka. Di belakang pentas, Fara berdiri disebelah Gibbs, and he checks her out. Fara mengucapkan goodluck buat Gibbs. Gibbs bertanya bagaimana Fara boleh tercalon menjadi KP. Fara hanya mengangkat bahu, sarcasm dripping from her voice when she said her father wasn’t rich. She thinks that being Gibbs is more pathetic, menjadi anak orang kaya harus mengemis jika mahu minta sesuatu dari bapanya. Gibbs yang tidak pernah mengenali Fara baru tahu yang dia murid baru disekolah itu. Pengetua memanggil nama Gibran untuk ke pentas selepas Chee Keong tamat berpidato, dan Gibbs menyuruh Fara perhatikan cara dia. Fara hanya menjulingkan mata dan berjalan kearah lectern, sekaligus memalukan Gibbs yang sepatutnya keluar kerana dia kelihatan tidak bersedia dimata pelajar lain.
Fara gives off a powerful speech, as the headboy and headgirl concept is just a circus in her eyes. Gibbs took a jab when Fara said that the power gives KP an opportunity to do things that benefits only him and his minions. Therefore she wanted no part in this and announce that she is forfeiting her candidacy in the running to be the next Student President.

“Let us not support something that doesn’t support us in return”

Pengetua cepat cepat datang dan menghentikan syarahan Fara dan di boo oleh audience.



Gibbs tiada focus sewaktu bermain basketball bersama Troll dan KJ digelanggang. KJ bertanya tentang situasi sekarang kerana dua calon KP sudah mengundur diri. Chee Kiong pastinya akan menang tanpa bertanding. Gibbs tenang sahaja bila dia mengatakan Pengetua tidak membenarkan mana mana calon mengundur diri. Mereka tertanya tentang Ray yang tidak kelihatan seharian.




Ray sebenarnya terkurung di store sukan. Dia ditumbuk bertubi tubi oleh Sofil. Dua rakan Sofil yang menemani diarah keluar sewaktu dia mencabut tali pinggangnya. Sofil lifts him up and bends him on the table. Ray cuba melawan tetapi gagal.

COMMENT
In a moment of passing, people can have different take on reality. We see that Ratna saw an unimportant moment for Gibbs as something so valuable to her. One small gesture made her whole day. Also, creepy eh waktu Gibbs diganggu oleh “Tasha-yang-bertukar-rupa-jadi-hantu”. Siapa sebenarnya hantu itu? An entity yang tiada kaitan dengan mereka tapi membalas dendam pada orang yang menganiayai orang lain, atau memang tasha meninggal sewaktu melakukan abortion?
Dan Fara, someone who is able to see beyond and shares her knowledge to the whole school. Tentang system KP yang tidak memberi apa apa kebaikan kerana semua hanya mementingkan diri, dan tidak melakukan apa-apa pun untuk pelajar lain. Kesedaran ini membuka mata pelajar yang dibutakan dengan popularity, ketampanan dan kekayaan orang orang seperti Gibbs yang memperlakukan sekolah sesuka hati.
And lastly, Weh watefakk Sofil?!!!. It wasn’t shown but I believe Ray was raped (T_T). 

Harini takde favourite cap of my Ray of sunshine sebab aku sedih

xoxo,

Sefa

Comments

Popular posts from this blog

Gantung The Series: Episode 1

Gantung The Series: Episode 2