Gantung The Series: Episode 2
Usai keluar dari kamar mandi Sofil menegur Troll dihadapan
locker mereka. Dia sengaja membangkitkan hal Rina yang masuk hospital kerana
Troll. Sofil tidak mahu Troll menyebabkan reputasi team mereka rosak akibat
perbuatannya.
Troll meningkah dengan mengatakan reputasi team mereka rosak
kerana kapten weakling seperti Sofil. Bahkan semua orang tahu bahawa Sofil
menjadi kapten kerana baik dengan senior (read: asskisser). Sofil mula bercakap
mengenai Ray yang merupakan seorang open-closeted gay, dan sekali lagi
mengingatkan Troll tentang perangai pelik Troll dengan kawan kawannya sebelum
berlalu. Troll menghela amarahnya dan menghentak locker dengan kuat.
Gibbs and Tasha relocate to a dark and quiet hallway. Gibbs minta Tasha untuk berhenti merepek dan menegaskan bahawa hubungan mereka yang tidak pernah serius dari awal.
“So You nak bagitahu I yang You taknak bertanggung jawab?” soal
Tasha.
“Tanggungjawab buat apa? Buat sesuatu yang kamu sendiri
nggak pasti itu punya aku atau bukan”
Tasha memujuk mahu melakukan DNA test tapi diingatkan oleh
Gibbs tentang semua orang akan tahu bahawa Tasha pernah melakukan seks dengan 4
orang sekaligus. Adakah dia mahu semua orang lain bertanggungjawab juga jika
ternyata anak itu milik salah seorang dari mereka.
Tasha mengingatkan Gibbs bahawa apa yang berlaku adalah
kerana suruhan Gibbs. Tasha perlu tidur dengan kawan kawan Gibbs jika dia mahu
tidur dengan Gibbs.
Tasha menegaskan bahawa dia mahu anak dalam kandungannya.
Dia tidak akan gugurkan Liliana. Tapi dia cuma mahu Gibbs sebagai bapanya.
Gibbs seakan tidak percaya Tasha sudah memberi nama kepada anak tersebut. Tasha
lantas mencapai tangan Gibbs dan mengajaknya bernikah.
Gibbs mengingatkan Tasha bahawa ini tahun terakhir mereka. Jika
dia terus begini, dia akan punya anak yang harus dijaga. Dan masa depan seakan
tidak kelihatan. Tasha bertegas untuk menjaga anaknya, memberi Gibbs pilihan
untuk bekerja atau menyambung pelajarannya. Dia sama sekali tidak akan
membebani Gibbs.
Gibbs menimbang satu lagi hal, iaitu ibu bapa mereka. Tasha
yakin ibu bapanya akan terima Gibbs walaupun dia telah membuatnya hamil diluar
nikah. Tona suara Gibbs berubah lembut apabila dia meminta Tasha berfikir
tentang penerimaan bapanya, yang merupakan ustaz terkenal. Tasha nyata yakin
bahawa bapa Gibbs juga tidak akan mahu melihat anaknya melakukan dosa
menggugurkan bayi dalam kandungan. Tasha masih lagi berkeras mahu berkahwin. Gibbs
meninggalkan Tasha selepas memintanya mencarinya semula apabila Tasha sudah
waras. Dia boleh memberi Tasha wang untuk ke klinik.
The 4 musketeer berkumpul dibilik Ray dan Troll. Mereka membicarakan perihal Tasha yang mahu menyimpan kandungannya. Troll melepaskan dumbbellnya disulami keluhan. Seakan tidak adil baginya apabila Gibbs melakukan masalah, semua orang santai sahaja penerimaannya. Gibbs rolls his eyes and says that Troll is being sensitive.

KJ menganggap mereka semua
telibat dalam permasalahan ini kerana beranggapan semua tidak memakai
kondom. Ray dengan selambe mengatakan bahawa dia menggunakan protection kerana
Tasha yang menyuruh. Gibbs mula kelihatan cemas apabila KJ memberitahu bahawa
Tasha juga memintanya memakai kondom, tetapi ditolak kerana KJ berjanji akan
buang diluar. He didn’t. Gibbs lega bahawa peratusan anak itu miliknya masih
lagi rendah. Tapi dia menyatakan bahawa Tasha tidak memintanya untuk memakai
protection pada malam mereka melakukan seks.
Gibbs bertanya serius kepada Ray jika betul dia memakainya.
“Tak sarung, pandailah tanggung” jawab Ray sambil menegakkan
duduknya.
Troll dengan mudah mengatakan bahawa Tasha terlalu
emotional. Gugurkan sahaja kandungan. Simple.
“Lelaki cakap senang lah. Dah
pancut, blah. Kalau perempuan tu mengandung
semua kecam perempuan tu. Tapi
jarang orang kecam mamat yang
mengandungkan dia” – Ray, 2017
Ray sempat menyuruh rakannya menonton cara orang
menggugurkan kandungan di Youtube bila bila mereka berkesempatan. Dia
kemudiannya bangun untuk ke rehearsal teaternya, sempat dititipkan salam oleh
KJ untuk Hani. The mood is lighter when Troll chastised KJ to wear a condom
next time after they were being scolded by Ray.
“Ray mah feminis” kata KJ.
Sesusuk tubuh perempuan yang ternyata adalah Ratna dibawah
blok yang menempatkan bilik perbincangan mereka (mungkin terdengar perbualan
the 4 musketeer) terkumat kamit membaca sesuatu sambil menggenggam rantainya.
The next day, mereka berkumpul di dewan kerana ada taklimat mengenai lawatan dari kementerian pendidikan. Kevin Jeremy aka KJ dipanggil oleh Cikgu Azlan supaya pergi ke bilik pengetua selepas tamat perhimpunan. KJ hanya tersenyum mendengar telahan Ray yang perasan bahawa kipas hanya menyala pagi ini. Jadi kemana penghuni bilik tersebut pergi malam semalamnya?

Cikgu Azlan sedang berusaha meyakinkan Pengetua untuk
menghalang Gibbs berbuat sesuka hatinya di sekolah meskipun bapa Gibbs
merupakan penyumbang terbesar sekolah itu. Dia menuduh bahawa semua orang
disekolah telah dirasuah dan Pengetua kelihatan marah apabila Cikgu Azlan
mengatakan bahawa guru-guru juga telah disogok. Ketukan KJ menghentikan
perbualan antara Cikgu Azlan dan Pengetua.
Pengetua memberitahu KJ tentang aduan yang diterima dari
pelajar perempuan yang menuduh KJ mengerjakan mereka. KJ dengan yakin
mengatakan bahawa dia berada dibilik sepanjang pagi dan Pengetua boleh
memeriksa alibinya melalui Gibran. Cikgu Azlan mengatakan bahawa dia boleh
meletakkan serbuk kunyit pada malam sebelumnya. KJ mula menghalakan tumpuan
agar kesalahan kelihatan pada pelajar perempuan yang tidak menyalakan kipas
pada malam sebelumnya, sekaligus menunjukan bahawa mereka tidak berada dibilik
sepanjang malam. Pengetua memakan umpannya dan menyuruh cikgu Azlan memanggil
kedua siswi tersebut.
Johari berlagak professional dengan menggunakan walkie talkie untuk bercakap dengan Kishen yang hanya berjarak beberapa meter dihadapannya. Ray bergurau untuk memberitahu semua produksi untuk berhati hati dengan Johari.

Tepukan mengejek kedengaran dari arah kanan pentas. Sofil
menacingly walks towards Ray and Johari, mengatakan dia tidak berminat dengan
pementasan yang penuh dengan maknyah ini. Ray menghalau Sofil dari pentasnya,
tapi dicemuh Sofil yang mengatakan sejak bila stage ini menjadi milik Ray.
Tujuan kedatangannya adalah untuk menemani Hanni, sebelum dibetulkan oleh gadis
borneo itu bahawa mereka telah putus minggu lepas, dan Hanni juga telah move
on. Ray mengejek mengatakan sekurang kurangnya pentas ini tak mengatakan mereka
telah putus. Sofil mulai bertindak agresif dengan memanggil Ray celaka dan cuba
mendekatinya.
Suara Gibbs menghentikan gerak Sofil. Menganggap Sofil ni
hanyalah 'budak basket Troll' earns him a ‘sial’ from Sofil yang menyatakan
bahawa dia adalah kapten. KJ dan Troll mengejek title Kapten Sofil, yang
ternyata bukanlah seorang yang hebat di gelanggang basketball. Sofil hanya
mampu berkata bahawa mereka beruntung kerana berempat. Hanni kemudiannya
menghalau Sofil dari teater dan melambai gatal bila KJ memberikan semangat
untuknya berlakon.
Latihan teater tamat dan KJ bersama Hanni meninggalkan Ray sendirian di teater. Ray yang sedar bahawa dia berseorangan mulai mengemas barang dan berlalu menutup lampu. Ray terperasan sesuatu di tingkat atas stage dan menaiki anak anak tangga. Sesusuk bayang hitam berlalu pantas ketika lampu berkelip. Ray memeriksa lampu stage, dan kelipan ketiga menyerlahkan batang tubuh pelajar perempuan di belakang Ray. Pelajar perempuan tadi menolak Ray tetapi dia sempat berpaut pada palang walkway. Suara mengira (macam suara Tasya) bermula 5, 4, 3, 2, 1 dan hantu (?) perempuan itu memijak tangan Ray dan dia terjatuh.

COMMENTS
The series continues flirting with taboo topic. This episode is about abortion. Macam mana runtuhnya sebuah kemanusiaan apabila nyawa itu ibarat tak bernilai, dan runtuhnya akhlak anak anak muda ni sewenang-wenangnya memperlakukan orang seperti itu. But I do love the jab when Ray mentioned how they can't bear to watch an abortion but can easily ask the girl to do it. Sekurang-kurangnya dia tak cetek ilmu kan?
Heres my favourite cap of the day
Ray yang full of sense.
xoxo,
Sefa
Comments
Post a Comment